Tuesday, August 3, 2010

Orang Mati Hidup Kembali..

·

Orang Mati Hidup Kembali..

JAKARTA, — Warga Warakas, Tanjung Priok, Jakarta Utara, dihebohkan dengan khabar hidupnya kembali anak muda yang telah meniinggal dunia. Nama pemuda tersebut ialah Salim.

Bulyamin (70), ayah Salim, menceritakan bahawa anaknya telah meninggal pada bulan September 2008 ketika berumur 18 tahun akibat penyakit paru-paru yang telah lama dihidapnya. Setelah itu, Salim dikubur di pemakaman Budi Darma, Cakung, Jakarta Utara, dengan dihantar oleh seluruh ahli keluarga dan jiran tetangga.

Beberapa ketika kemudian, warga warakas terutama ahli keluarga Salim gempar apabila tiba-tiba Salim muncul di hadapan rumahnya walhal dia sudah meninggal dunia. Ramai seakan tidak percaya dengan kejadian ini namun menurut sumber, ia merupakan kejadian yang benar-benar berlaku.

Ketika Salim pulang ke rumahnya, dia terus menerkam dan memeluk erat ayahnya. Ayahnya amat terkejut namun setelah dia mengamati wajah Salim tidak tumpah sama seperti anaknya telah meninggal. Namun terdapat sedikit perbezaan iaitu dari ukuran tinggi Salim. Dulu Salim sangat tinggi tetapi sekarang dia sedikit rendah.-agensi

0 comments:

Umur Bayi

Umur Bayi

task reader

Contoh

Contoh Surat Lamaran Kerja

obat sakit gigi

Blog Archive